juz click

~mY ANniVErSArY~

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 25, 2014

Resepi Donut Kasih....Selamat mencuba..








Bahan:
500 gram tepung gandum(KS guna tepung cap sauh)
3 sudu besar butter(guna buttercup)
1/2 sudu teh garam
5 sudu besar gula pasir
8 gram yis kering(guna mauripan)
3 sudu makan susu tepung(guna nespray)
telur 1 biji+2 biji yang kuning saja.
125-150ml air suam(ikut jenis tepung)
Caranya:
Campurkan semua bahan kecuali air, ramai hingga menjadi seperti serbuk roti. Setelah itu campurkan sedikit demi sedikit dengan air sehingga menjadi doh. Biasanya KS hanya gunakan dalam 125-130 mlair sahaja, bergantung kepada jenis tepung. Ada tepung guna banyak air. Apabila dah jadi  yang tak melekat pada tangan, tutup dengan kain lembab dan biar 45 minit.
Bila dah naik donut yang diuli tadi , uli lagi dan tumbuk-tumbuk manja. Bentukkan menjadi bentuk donut. Biarkan 30 minit hingga naik lagi dan goreng dengan api sederhana. Angkat dan sirakan dengan gula.

P/S : Cuba dulu baru tahu jadi ke tidak donut kasih ni..Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...